Sabtu, 16 Januari 2010

Sejarah Balai Polis Parit



BALAI POLIS PARIT - merupakan balai polis di bawah pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah Perak Tengah.

Balai Polis Parit telah diwujudkan dalam tahun 1900 yang dibina bersebelahan stesyen bas pekan Parit.

Bangunannya diperbuat daripada kayu dan papan beratap rumbia dengan pintu utamanya menghadap ke Sungai Perak memandangkan jalan perhubungan utama ketika itu adalah Sungai Perak.

Pentadbiran Balai Polis Parit adalah dikendalikan oleh pihak British dan anggotanya terdiri daripada golongan orang Punjabi dan orang Melayu sendiri.

Pada sekitar tahun 1914, Balai Polis Parit telah dipindahkan ke tapak yang ada sekarang kerana jalan raya telah menjadi jalan perhubungan utama.

Pada tahun 1981, bangunan Balai Polis Parit telah dirobohkan dan didirikan dengan bangunan yang baru yang diperbuat dengan batu sepenuhnya dan lengkap dengan 1 unit rumah kelamin kelas E, 4 unit kelas F dan 18 unit kelas G yang telah menelan belanja hampir RM1.5 juta.

Bangunan ini siap sepenuhnya pada tahun 1984 dan mula didiami pada awal tahun 1985. Timbalan Ketua Polis Perak SAC I Tuan Sarjit Singh Gill telah merasmikan Balai Polis Parit pada 07 September 1985.

Balai Polis Parit terletak di bawah pentadbiran Daerah Batu Gajah diketuai oleh seorang Inspektor Kawasan dan seorang Ketua Polis Balai. Pada tahun 1994, Daerah Perak Tengah telah diwujudkan dan Balai Polis Parit telah diletakkan di dalam daerah baru ini dan diketuai oleh Ketua Polis Balai berpangkat Sarjan Mejor.

Rujukan:
http://polisperak.rmp.gov.my/polisperak/IPDPerakTengah/BPPARIT/ImfoBPParit/BalaiParit.html

1 ulasan:

Unknown berkata...

uuhh..kirenye abah keme mmg d sane ler time balai ni baru siap..

20 Januari 2010 pada 7:16 PTG

Catat Ulasan

Muke Buku TOP

Sponser & Klik Iklan

Apa Kata Mike

Bertandang Umah TOP

Blog Teman-Teman

Lagu Kite


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com