Selasa, 26 Januari 2010

Cheghite : PAK NOH TUKANG BESI


(Gambar lukisan tukang besi dibengkel)



Assalamualaikum.....

Disini teman nak cerita tentang riwayat hidup seorang tukang besi yg dilahirkan di Pasir Panjang Laut, Sitiawan, Perak yang bernama Mohd Nor B. Abdullah atau lebih dikenali sebagai Pak Noh dan di kalangan anak-anak muda memanggil Ucu Noh.. Riwayat hidupnya sebagai tukang besi bermula selepas dia berkahwin dgn seorang wanita yg bernama Mardziah Bt. Mat Hisin atau nama lainnya Bee dan terus menetap di Kampung Paloh, Layang-Layang Kiri, Parit , Perak.

Selain bertukang besi, beliau juga bersawah dan menoreh getah. Namanya disebut-sebut disekitar Perak Tengah kerana kepakarannya dalam membuat pisau, golok bersarung berulukan kepala burung, membuat pisau getah dan macam-macam peralatan tajam mengikut permintaan.

Dengan bantuan dari pihak MARA, beliau membina bengkel di depan rumahnya sendiri. Saban hari ada saja orang-orang kampung ataupun kawan-kawannya yg datang untuk membaiki pisau ataupun sengaja datang untuk melihat beliau bertukang sambil berbual-bual kosong. Beliau tak pernah kedekut ilmu, sesiapa saja yg ingin belajar, akan diajarnya.

Beliau bertukang besi sehingga berumur dalam lingkungan 70an. Kesihatan yang tak mengizinkannya utk terus bekerja seperti biasa¸beliau mengidap penyakit kencing manis. Secara perlahan-lahan bertukang besi menjadi kerja sampinganya kerana tidak kuat lagi. Setahun lebih selepas isteri tercinta meninggal dunia, beliau pergi mengadap Ilahi, iaitu pada tanggal 21hb Oktober 2009, pergi untuk selamanya bersama ilmu dan kepakaran di dada.

Berakhirnya riwayat seorang yang bernama Noh Tukang Besi, yang mempunyai banyak ilmu bertukang besi yang sepatutnya dipelajari. Tidak ramai yang mahir dalam bidang ini.

Wassalam

Tulisan : ishatir

0 ulasan:

Catat Ulasan

Muke Buku TOP

Sponser & Klik Iklan

Apa Kata Mike

Bertandang Umah TOP

Blog Teman-Teman

Lagu Kite


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com