Sabtu, 16 Januari 2010

Sejarah Balai Polis Bota


BALAI POLIS BOTA - telah didirikan pada sekitar tahun 1946 pembinaan awal balai polis ini di atas tapak seluas 1/2 ekar di Pekan Bota Kanan.

Ketika itu Balai Polis Bota di bawah pentadbiran Ibu Pejabat Polis Batu Gajah. Pada 1 September 1990 Timbakan Ketua Polis Negara ketika itu Tan Sri Abdul Rahim Noor telah membuat lawatan ke Balai Polis Bota dan mendapati Balai Polis Bota telah ujur dan tidak sesuai lagi sebagai Balai Polis Bota mengikut peredaran masa.

Beliau telah meluluskan satu cadangan pembinaan sebuah Balai Polis Bota yang baru. Pada 5 March 1993 di km 49 Jalan Ipoh - Lumut di kawasan Titi Gantung, Bota projek pembinaan Balai Polis Bota, 16 unit rumah kelamin kelas G dan 2 unit kelas F mula dibina dan telah siap sepenuhnya pada 1 November, 1994.

Apabila Daerah Perak Tengah diwujudkan pada 1 Oktober 1993 Balai Polis Bota telah diletakkan di bawah pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah Perak Tengah. Keluasan kawasan pentadbiran Balai Polis Bota adalah 115 km persegi yang merangkumi kawasan Bota Kanan, Bota Kiri, Lambor Kanan, dan Lambor Kiri di mana gabungan dua Mukim Bota dan Mukim Lambor.

Rujukan:
http://polisperak.rmp.gov.my/polisperak/IPDPerakTengah/BPBOTA/ImfoBPBota/BalaiBota.html

0 ulasan:

Catat Ulasan

Muke Buku TOP

Tamu Tetap YOP

Mike yang bertandang mulai 27 Jan

Sponser & Klik Iklan

Apa Kata Mike

Bertandang Umah TOP

Blog Teman-Teman

Lagu Kite


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com