Ahad, 28 Februari 2010

PID PARIT: lahir 500 graduan celik IT


Pusat Internet Desa (PID) Parit telah melahirkan lebih 500 graduan celik IT dalam tempuh 2 tahun lalu.

Jurucakap PID itu memberitahu, Perkiraan jumlah graduan tersebut sejak tahun 2007 tetapi telah mula beroperasi tahun 2004 dibangunan bersebelahan pejabat pos Parit.

" Cuma jumlah celik IT itu dicatatkan bermula tahun 2007 manakala tahun sebelumnya tidak diketahui kerana ketiadaan rekod" jelasnya.

Waktu pusat beroperasi ialah hari Isnin hingga Jumaat mulai jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang sementara waktu pembelanjaraan pula dari jam 9.00 pagi hingga 11 pagi (sessi 1), jam 11 hingga 1 tengahair (sessi 2) manakala jam 3.00 petang hingga 5.00 petang pula bagi sessi ke 3.


Semua pelajar yang menduduki pusat tersebut akan diberi sijil tamat kursus diakhir pembelajaran mereka.

Pusat Internet Desa tersebut memberi peluang kepada para pelajar dan juga penduduk kampung untuk mempelajari serta memahami implikasi IT yang disedia secara percuma.

Mengikut rekod tahun lalu seramai 274 pelajar tekah mengikut kelas yang terdiri daripada kalangan para pelajar, belia, dewasa, warga pendidik dan juga warga mas.

"Para pelajar yang mengikuti kelas itu juga diajar pelajaran grapik dan membina blog serta laman web " kata jurucakap itu lagi.


Disamping melahirkan celik IT pusat itu juga menaungi 66 sektor Industri kecil dan sederhana
( IKS) yang diusaha secara kecil-kecilan oleh penduduk kampung dengan mempromosi perusahaan mereka melalui karnival dan juga diperkenal didunia maya.

PID Parit juga menganjurkan Jamuan Hari Raya 1Malaysia tahun lalu.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Muke Buku TOP

Sponser & Klik Iklan

Apa Kata Mike

Bertandang Umah TOP

Blog Teman-Teman

Lagu Kite


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com