Rabu, 3 Mac 2010

APC SMK Iskandar Shah Meriah

(Guru-Guru SMK Iskandar Shah Parit bergembar kenangan bersama Dato' Seri Abdul Aziz)


Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang (APC)Sekolah Menengah Kebangsaan Iskandar Shah Parit telah berlangsung dengan meriah di sekolah tersebut baru-baru ini.

Tetamu utama majlis tersebut adalah Mantan Setiausaha Politik kepada Tun Dr Mahathir Mohammad (mantan perdana menteri) Dato' Seri Abdul Aziz Shamsuddin.

Ketibaan beliau telah disambut dengan pukulan kompang serta diiringi pembawa bunga mangga oleh para pelajar sekolah berkenaan.





Seramai 11 pelajar yang meraih kejayaan dalam PMR dan STPM iaitu Asiyatul Najihah bt Omar,Fatin Farahdiyana bt Ahmad Mozamil, Hanis Nabila bt Mat Zaini, Nor Sofia bt Sak Adan, Nurhafizan bt Jamaluddin, Sangeethavani A/p Sundarajan, Su Jia Ning, Fatin Nur Liyana bt Mohd Idris, Nurul Izzati bt Muhammad Hasri, Muhamad Najmi bin Idris dan Nurul Hazwani bt Abdul Halim.


(Pengetua SMK Iskandar Shah Haji Husaain Puteh menyampaikan cenderamata dimajlis itu)



Dato' Seri Abdul Aziz telah menyampaikan cenderamata kepada pelajar-pelajar tersebut sementara ADUN Bota Datuk Nasarudin Hashim, Presiden Iskandarian Ir Haji Azizuddin bin Meor Hamzah adalah diantara tetamu yang turut hadir.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Muke Buku TOP

Sponser & Klik Iklan

Apa Kata Mike

Bertandang Umah TOP

Blog Teman-Teman

Lagu Kite


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com