Sabtu, 13 Februari 2010

Mior Ahmad Zaudi Bendahri PKAV

PERSATUAN Kebajikan Artis Veteran yang antaranya didokong (dari kiri) Mior Ahmad Zaudi, Aziz Sattar dan S. Shahlan akan berusaha membela nasib artis-artis veteran di negara ini.


BIASANYA golongan artis veteran termasuklah penyanyi, pemuzik dan pelakon di negara ini berdepan dengan masalah kesihatan dan kurang mendapat tawaran mengadakan persembahan ataupun berlakon kerana faktor usia.Bagi kalangan artis veteran ini, mereka bukan hanya memerlukan perhatian serta bantuan dari segi kewangan tetapi juga peluang bagi meneruskan perjuangan dalam kehidupan seharian mereka sebagai anak seni.

Menyedari keperluan itu, sebuah persatuan khusus buat artis veteran yang dikenali sebagai Persatuan Kebajikan Artis Veteran (PKAV) telah ditubuhkan pada 20 Jun lalu bagi memenuhi keperluan-keperluan tersebut.Presiden PKAV, Datuk Ismail Hutson berkata, persatuan itu ditubuhkan bukan bertujuan bersaing dengan persatuan-persatuan artis lain, sebaliknya ia bagi memastikan kebajikan golongan tersebut lebih terjamin pada masa depan.

"Kami tidak sedikit pun mempunyai niat untuk bersaing dengan mana-mana pihak, terutamanya persatuan-persatuan atau pertubuhan- pertubuhan yang ada hubung kait dengan kegiatan seni dan perfileman.

"Kesedaran untuk menubuhkan PKAV timbul selepas kami menerima banyak maklum balas tentang ketidaktentuan masa depan artis-artis veteran daripada segi pendapatan.

"Sampai bila kita harus menadah tangan mengharapkan bantuan pihak-pihak tertentu?. Maruah kita juga terjejas apabila berita artis-artis veteran yang sakit di hospital misalnya disiarkan di media massa," katanya.

Menurut Ismail, kesedaran atas penubuhan PKAV itu juga timbul selepas beliau dan ahli-ahli jawatankuasa yang terbabit dalam persatuan itu mendapati berlakunya eksploitasi terhadap artis-artis veteran tempatan.Katanya, PKAV bukan sahaja akan menjaga kebajikan artis-artis veteran, tetapi mereka juga akan menyediakan peluang-peluang ekonomi bagi mempertingkatkan taraf hidup mereka.

"Persatuan ini ditubuhkan selepas kami mendapati ada orang-orang tertentu yang 'menangguk di air keroh', misalnya menyalahgunakan peruntukan yang sepatutnya diberi kepada artis-artis veteran.

"Selain itu, jawatankuasa PKAV telah pun mengenal pasti beberapa projek mengisi dana persatuan dan secara pro-aktif kami akan umum dan laksanakan tidak lama lagi," ujarnya yang dibantu lapan lagi artis veteran dalam PKAV.

Antaranya beliau dibantu oleh Timbalan Presiden, Datuk Aziz Sattar, Setiausaha, S. Shahlan, Penolong Setiausaha, Zainurdin Ismail, Bendahari, Mior Ahmad Zaudi dan empat ahli jawatankuasa, Kuswadinata, Razali Buyong, Sivajirajah serta Aziz Brando.Sementara itu, Timbalan Presiden PKAV, Aziz Sattar, 83, pula berkata, bagi mengisi dana persatuan itu pihaknya akan mengadakan pelbagai usaha termasuklah menganjurkan persembahan pentas atau melalui penerbitan drama televisyen (TV).Jelasnya, pendapatan daripada sumber itu akan digunakan bagi membantu ahli-ahli persatuan itu yang kebanyakannya berusia 50 tahun ke atas .

"Kami merancang untuk mengadakan dua atau tiga persembahan pentas di beberapa tempat dan hasilnya akan dimasukkan ke dalam tabung PKAV. Kami juga akan menerbitkan drama.

"Melalui cara itu, kami dapat mengumpul dana dan memberi peluang pekerjaan kepada artis-artis veteran yang menjadi ahli PKAV ," katanya.

# Mior Ahmad Zaudi adalah anak Parit
- Admin's

0 ulasan:

Catat Ulasan

Muke Buku TOP

Sponser & Klik Iklan

Apa Kata Mike

Bertandang Umah TOP

Blog Teman-Teman

Lagu Kite


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com