Rabu, 17 Februari 2010

Tok Yid OCS orang Lambor



Nama Tok Yiz memang terkenal dikalangan jenarasi tua sekitar tahun 50an - itulah pilihan blog TOP kali ini dalam siri ke 2 " nama-nama tersuhur" di Parit.

Tok Yid nama sebenarnya Abd. Aziz bin Abd . Rahman dilahirkan tahun 1914 di kg.Lambor dan bertugas sebagai anggota Polis berjawatan Sarjan.

Tok Yiz walaupun sudah berusia lanjut tetapi masih lagi boleh berbicara dengan baik tetapi tidak dapat mengingati sepenuhnya perjalanan kehidupannya.

Mempunyai 5 orang saudara dan bondanya berasal dari Kg Lambor manakala ayahandanya berasal dari Indonesia.

(Gambar kenangan bersama Penolong Pegawai Jajahan Daerah Kuala Kangsar - Sarjan Aziz berdiri sebelah kiri sekali)


Menceritakan sebahagian sejarah perjalanan hidupnya, beliau mula menceburkan diri dalam pasukan polis dalam tahun 1926 dan mendirikan rumahtangga dalam tahun 1940 dengan Puan Jamilah Md Rahim berketurunan Minang.

Beliau bertugas sebagai Ketua Polis Balai Parit (OCS) sekitar tahun 50an sehingga bersara pada tahun 1961 dan sebelum itu pernah bertugas di Balai Polis Tapah, Bidor dan cameron hingland.

" Saya cuma dapat mengingati gaji diwaktu itu cuma hanya RM 26 sahaja sebulan tetapi sekarang menerima pencen sebanyak RM700 sebulan." jelasnya.


Tok Yiz dikurniakan 8 orang anak, 32 cucu, 10 cicit dan 2 piut sementara isterinya meninggal dunia dalam usia 85 tahun pada 3 Julai 2009.

Seorang daripada anakandanya adalah Dr. Nor Hajar membuka klinik sendirian di Shah Alam.

2 ulasan:

white rose berkata...

salam TOP...

wah, gleme tok yiz ni ye...aje kuat lagi dia ni...moge dia sehat2 belake...

19 Februari 2010 pada 12:57 PG
Nor Zarina @ zarinnajwa berkata...

salam....yer la....tau tok yiz ni femes dgn motor skuter dia...

3 Mac 2010 pada 6:34 PG

Catat Ulasan

Muke Buku TOP

Sponser & Klik Iklan

Apa Kata Mike

Bertandang Umah TOP

Blog Teman-Teman

Lagu Kite


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com