Selasa, 23 Mac 2010

Bercuti di Kampung Teluk Pedayung Lambor Kanan







Pada cuti baru-baru ini hari Jumaat lalu saya mengambil peluang bersama keluarga menjejaki semula tempat kelahiranku di Kg Teluk Pedayung Mukim Lambor Daerah Parit Negeri Perak. Rumah dan Madrasah peninggalan arwah abah saya Allahyarham Tn Hj Yeop Majlis bin Pandak Mohid telah tidak dihuni sejak 1996 lagi. Begitu juga rumah-rumah lain di Kampung itu semuanya tinggal kosong tidak berpenghuni.

Semua rumah kosong berumur lebih 100 tahun yang ada disitu semuanya mengadap Sungai Perak. Ini kerana waktu itu sungailah yang menjadi alat perhubungan. Belum ada jalanraya lagi. Setelah jalanraya dibina menghubungkan Pekan Parit dan Pekan Teluk Anson (kini Teluk Intan) selepas merdeka, sungai sudah tidak popular lagi maka beransur-ansurlah penghuni kampung mendirikan rumah mengadap jalanraya yang berada sekitar 1 km di belakang sungai.

Kini Kg Teluk Pedayung sudah tidak berpenghuni lagi. Ramai yang dah berhijrah ke bandar terutamanya Kuala Lumpur termasuk saya. Saya meninggalkan kampung halaman sejak 1980 berhijrah ke Ipoh dan seterusnya ke Kuala Lumpur dan Selangor. Sejak itu jarang sangat balik ke kampung terutama selepas rumah ini dikosongkan.

Dikesempatan cuti hari pekerja 1Mei ini juga saya sempat membawa anak-anak mengunjungi Pusat Pemeliharaan Tuntong di Bota Kanan dan mandi laut di pantai Teluk Batik bersama keluarga abang saya yang tinggal di Taman Indera Barat Titi Gantung Perak.

#dari blog
rakan kita.

2 ulasan:

amam lambor kanan berkata...

salam.....keme org tlk bedayung mukim lambor jugei....ghomah yeop majlis tu dekat meno dngn ghomah apak kemei,apak kemei name hassan mohd sohor.tapi oghang manggei nyei hassan buyung....

15 Jun 2010 pada 12:25 PG
zoul berkata...

ate ngape tak dijage peninggalan warisan tu........ ce kome tengok ghomah main bunto sebelah ghomah puyah tu......teman respek betui family ni..... lagi satu ghomah tok aji napih.mcm ade oghang duduk dijage rapi weh hooooi!

2 Disember 2010 pada 6:40 PG

Catat Ulasan

Muke Buku TOP

Sponser & Klik Iklan

Apa Kata Mike

Bertandang Umah TOP

Blog Teman-Teman

Lagu Kite


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com