Sejarah Balai Polis Bota


BALAI POLIS BOTA - telah didirikan pada sekitar tahun 1946 pembinaan awal balai polis ini di atas tapak seluas 1/2 ekar di Pekan Bota Kanan.

Ketika itu Balai Polis Bota di bawah pentadbiran Ibu Pejabat Polis Batu Gajah. Pada 1 September 1990 Timbakan Ketua Polis Negara ketika itu Tan Sri Abdul Rahim Noor telah membuat lawatan ke Balai Polis Bota dan mendapati Balai Polis Bota telah ujur dan tidak sesuai lagi sebagai Balai Polis Bota mengikut peredaran masa.

Beliau telah meluluskan satu cadangan pembinaan sebuah Balai Polis Bota yang baru. Pada 5 March 1993 di km 49 Jalan Ipoh - Lumut di kawasan Titi Gantung, Bota projek pembinaan Balai Polis Bota, 16 unit rumah kelamin kelas G dan 2 unit kelas F mula dibina dan telah siap sepenuhnya pada 1 November, 1994.

Apabila Daerah Perak Tengah diwujudkan pada 1 Oktober 1993 Balai Polis Bota telah diletakkan di bawah pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah Perak Tengah. Keluasan kawasan pentadbiran Balai Polis Bota adalah 115 km persegi yang merangkumi kawasan Bota Kanan, Bota Kiri, Lambor Kanan, dan Lambor Kiri di mana gabungan dua Mukim Bota dan Mukim Lambor.

Rujukan:
http://polisperak.rmp.gov.my/polisperak/IPDPerakTengah/BPBOTA/ImfoBPBota/BalaiBota.html
Read More

Sejarah Balai Polis Parit



BALAI POLIS PARIT - merupakan balai polis di bawah pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah Perak Tengah.

Balai Polis Parit telah diwujudkan dalam tahun 1900 yang dibina bersebelahan stesyen bas pekan Parit.

Bangunannya diperbuat daripada kayu dan papan beratap rumbia dengan pintu utamanya menghadap ke Sungai Perak memandangkan jalan perhubungan utama ketika itu adalah Sungai Perak.

Pentadbiran Balai Polis Parit adalah dikendalikan oleh pihak British dan anggotanya terdiri daripada golongan orang Punjabi dan orang Melayu sendiri.

Pada sekitar tahun 1914, Balai Polis Parit telah dipindahkan ke tapak yang ada sekarang kerana jalan raya telah menjadi jalan perhubungan utama.

Pada tahun 1981, bangunan Balai Polis Parit telah dirobohkan dan didirikan dengan bangunan yang baru yang diperbuat dengan batu sepenuhnya dan lengkap dengan 1 unit rumah kelamin kelas E, 4 unit kelas F dan 18 unit kelas G yang telah menelan belanja hampir RM1.5 juta.

Bangunan ini siap sepenuhnya pada tahun 1984 dan mula didiami pada awal tahun 1985. Timbalan Ketua Polis Perak SAC I Tuan Sarjit Singh Gill telah merasmikan Balai Polis Parit pada 07 September 1985.

Balai Polis Parit terletak di bawah pentadbiran Daerah Batu Gajah diketuai oleh seorang Inspektor Kawasan dan seorang Ketua Polis Balai. Pada tahun 1994, Daerah Perak Tengah telah diwujudkan dan Balai Polis Parit telah diletakkan di dalam daerah baru ini dan diketuai oleh Ketua Polis Balai berpangkat Sarjan Mejor.

Rujukan:
http://polisperak.rmp.gov.my/polisperak/IPDPerakTengah/BPPARIT/ImfoBPParit/BalaiParit.html
Read More

Info Kawasan Parit



Pada tahun 1979, Parit dikeluarkan dari Daerah Kuala Kangsar dan digabungkan ke dalam pentadbiran daerah Perak Tengah. Majlis Daerah Perak Tengah telah ditubuhkan pada 1 Disember, 1979 iaitu setelah diluluskan penubuhannya oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan dalam perjumpaan Bil. 936 bertarikh 20 November 1979. Penubuhan Majlis Daerah Perak Tengah ini selaras dengan penyusunan semula penguasa-penguasa tempatan seluruh Malaysia.

Dengan tertubuhnya Majlis Daerah Perak Tengah ini, maka terhapuslah dua penguasa tempatan yang wujud sebelum ini iaitu:

Senarai nama kampung di kawasan Parit

Mukim Belanja

  • Pekan Parit 32800 Parit

Mercu Tanda Pekan Parit = Jam Tinggi terletak di tengah-tengah Pekan Parit.

Arah dari Pekan Parit ke Jalan Ipoh

  • Kg. Baru, 32800 Parit
  • Jalan Siputeh, 32800 Parit
  • Kampung Tanjong Ara, Jalan Siputeh, 32800 Parit
  • Kampung Talang Batin, 32800 Parit
  • Kampung Batu 7, 32800 Parit
  • Kampung Lengkuas, 32800 Parit
    • Taman Seri Sayang, Jalan Siputeh, 32800 Parit
    • Taman Seri Ara, Jalan Siputeh, 32800 Parit

Arah dari Pekan Parit ke Jalan Bruas

    • Taman Parit Jaya, 32800 Parit
    • Taman Parit Setia, 32800 Parit
  • Kampung Raja, 32800 Parit
  • Kampung Tanjung Belanja, 32800 Parit
  • Kampung Tepus, 32800 Parit
  • Kampung Chopin Kanan, 32800 Parit
  • Kampung Chopin Kiri, 32800 Parit
  • Kampung Telok Perang, 32800 Parit
  • Kampung Talang, 32800 Parit
  • Kampung Serapoh, 32800 Parit
  • Kampung Buluh Akar, 32800 Parit
  • Kampung Simpang Tiga, 32900 Parit

Arah dari Pekan Tanjung Belanja ke Bota Kiri

  • Kampung Belanja Kiri, 32800 Parit
  • Kampung Sadang, 32800 Parit, Perak
  • Kampung Tua, Blanja Kiri, 32800 Parit
  • Kampung Pasir Gajah, 32800 Parit
  • Kampung Sungai Korok, 32800 Parit
  • Kampung Padang Kangar, 32800 Parit
  • Kampung Changkat Banjar, 32800 Parit

Arah dari Pekan Parit ke Jalan Bota Kanan

  • Kampung Tengah, Jalan Haji Wahab,32800 Parit
  • Kampung Padang Bola, 32800 Parit
  • Kampung Seleboh 32800 Parit
  • Kampung Bedara 32800 Parit
  • Kampung Ekor Lambat 32800 Parit
  • Kampung Bukit Chupak, 32800 Parit
  • Kampung Merua, 32800 Parit

Mukim Layang-Layang Kanan

  • Kampung Changkat Parah, 32800 Parit
  • Kampung Layang-Layang Kanan, 32800 Parit
  • Kampung Baru Layang-Layang Kanan, 32800 Parit
  • Kampung Senin, Layang-Layang Kanan, 32800Parit, Perak

Mukim Layang-Layang Kiri

  • Kampung Selat, 32800 Parit
  • Kampung Dusun Hulu, 32800 Parit
  • Kampung Dusun Hilir, 32800 Parit
  • Kampung Telok Manis,32800 Parit
  • Kampung Paloh, 32800 Parit
Senarai masjid di Parit.

Bangunan Yayasan DUN Belanja

Rujukan:
http://ms.wikipedia.org/wiki/Parit
Read More

RR Cempakasari bertaraf Hotel Malaysia

(Rumah Rehat Cempakasari yang setaraf dengan hotel Malaysia)

Rumah Rihat Cempakasari yang bertaraf dengan Hotel Malaysia menyediakan pelbagai kemudahan dengan tempat tidur yang selesa dan nyaman.

Mereka yang menginap di rumah tersebut tidak menghapi kesulitan untuk mendapatkan makanan dan sarapan pagi kerana kemudahan ini telah disediakan.

Manakala yang berminat untuk menikmati sarapan di gerai tidak teruk sangat kerana gerai-gerai yang menyajikan pelbagai jenis makanan ada dekat dengan bangunan rumah rihat tersebut.


Semasa pengambaran rumah rihat Cempakasari itu, saya telah menemui seekor biawak besar/ beroyang? yang panjangnya lebih satu meter dan besar perutnya macam bola ragbi berenang di tebing sg Perak (lihat gambar di atas) tidak jauh sebelah belakang rumah rihat itu.

Inilah kali pertama saya melihat binatang yang seperti itu yang bersize besar dan gagah - kalau dekat... rasa-rasanya kecuk perut juga.


Read More

Konvo UPSI Tanjung Malim


Separuh dari masa saya berada di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Tanjung Malim, Perak. Kerana menyaksikan Majlis Konvo ke 11 dan hari ini adalah majlis sessi ke 5 bagi tahun 2009.

Kehadiran saya serta keluarga bagi merayaikan anak ke 4 saya yang telah tamat belajar selama 4 tahun di UPSI dan tiba masa yang ditunggu-tunggu oleh semua penuntut di situ dan selepas ini mereka bergelar graduan.

Majlis yang berlangsung di Dewan SITC menganugerah lebih 300 penuntut jurusan matematik dan Geografi dan disempurnakan oleh Pro Canselor Tan Sri Datuk Seri Panglima Dr Abdul Rahman Arshad.
Read More

Muke Buku TOP

Sponser & Klik Iklan

Apa Kata Mike

Bertandang Umah TOP

Blog Teman-Teman

Lagu Kite


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com