Mior Ahmad Zaudi Bendahri PKAV

PERSATUAN Kebajikan Artis Veteran yang antaranya didokong (dari kiri) Mior Ahmad Zaudi, Aziz Sattar dan S. Shahlan akan berusaha membela nasib artis-artis veteran di negara ini.


BIASANYA golongan artis veteran termasuklah penyanyi, pemuzik dan pelakon di negara ini berdepan dengan masalah kesihatan dan kurang mendapat tawaran mengadakan persembahan ataupun berlakon kerana faktor usia.Bagi kalangan artis veteran ini, mereka bukan hanya memerlukan perhatian serta bantuan dari segi kewangan tetapi juga peluang bagi meneruskan perjuangan dalam kehidupan seharian mereka sebagai anak seni.

Menyedari keperluan itu, sebuah persatuan khusus buat artis veteran yang dikenali sebagai Persatuan Kebajikan Artis Veteran (PKAV) telah ditubuhkan pada 20 Jun lalu bagi memenuhi keperluan-keperluan tersebut.Presiden PKAV, Datuk Ismail Hutson berkata, persatuan itu ditubuhkan bukan bertujuan bersaing dengan persatuan-persatuan artis lain, sebaliknya ia bagi memastikan kebajikan golongan tersebut lebih terjamin pada masa depan.

"Kami tidak sedikit pun mempunyai niat untuk bersaing dengan mana-mana pihak, terutamanya persatuan-persatuan atau pertubuhan- pertubuhan yang ada hubung kait dengan kegiatan seni dan perfileman.

"Kesedaran untuk menubuhkan PKAV timbul selepas kami menerima banyak maklum balas tentang ketidaktentuan masa depan artis-artis veteran daripada segi pendapatan.

"Sampai bila kita harus menadah tangan mengharapkan bantuan pihak-pihak tertentu?. Maruah kita juga terjejas apabila berita artis-artis veteran yang sakit di hospital misalnya disiarkan di media massa," katanya.

Menurut Ismail, kesedaran atas penubuhan PKAV itu juga timbul selepas beliau dan ahli-ahli jawatankuasa yang terbabit dalam persatuan itu mendapati berlakunya eksploitasi terhadap artis-artis veteran tempatan.Katanya, PKAV bukan sahaja akan menjaga kebajikan artis-artis veteran, tetapi mereka juga akan menyediakan peluang-peluang ekonomi bagi mempertingkatkan taraf hidup mereka.

"Persatuan ini ditubuhkan selepas kami mendapati ada orang-orang tertentu yang 'menangguk di air keroh', misalnya menyalahgunakan peruntukan yang sepatutnya diberi kepada artis-artis veteran.

"Selain itu, jawatankuasa PKAV telah pun mengenal pasti beberapa projek mengisi dana persatuan dan secara pro-aktif kami akan umum dan laksanakan tidak lama lagi," ujarnya yang dibantu lapan lagi artis veteran dalam PKAV.

Antaranya beliau dibantu oleh Timbalan Presiden, Datuk Aziz Sattar, Setiausaha, S. Shahlan, Penolong Setiausaha, Zainurdin Ismail, Bendahari, Mior Ahmad Zaudi dan empat ahli jawatankuasa, Kuswadinata, Razali Buyong, Sivajirajah serta Aziz Brando.Sementara itu, Timbalan Presiden PKAV, Aziz Sattar, 83, pula berkata, bagi mengisi dana persatuan itu pihaknya akan mengadakan pelbagai usaha termasuklah menganjurkan persembahan pentas atau melalui penerbitan drama televisyen (TV).Jelasnya, pendapatan daripada sumber itu akan digunakan bagi membantu ahli-ahli persatuan itu yang kebanyakannya berusia 50 tahun ke atas .

"Kami merancang untuk mengadakan dua atau tiga persembahan pentas di beberapa tempat dan hasilnya akan dimasukkan ke dalam tabung PKAV. Kami juga akan menerbitkan drama.

"Melalui cara itu, kami dapat mengumpul dana dan memberi peluang pekerjaan kepada artis-artis veteran yang menjadi ahli PKAV ," katanya.

# Mior Ahmad Zaudi adalah anak Parit
- Admin's
Read More

MRSM PARIT

(YAB Dato Seri Najib Abd Razak merasmikan tapak MRSM Parit)



Pembinaan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Parit telah bermula Mei tahun lepas dan menjadikan Pekan Parit hidup dan kembali segar...

Anggota Dewan Undangan Negeri Kawasan Blanja, Datuk Mohd Zaim Abu Hassan, berkata MRSM bernilai RM80 juta tersebut akan dibina di tapak seluas 21.6 hektar dan dijangka siap April 2011.

"Pembinaan MRSM ini sekaligus dapat menghidupkan semula ekonomi pekan Parit yang kini malap sekaligus membuktikan kepada rakyat bahawa janji kerajaan untuk mereka dan bukan hanya sekadar janji pilihan raya," katanya kepada pemberita pada majlis penyerahan tapak pembinaan oleh Pengarah Unit Binaan dan Senggaraan Mara, Mohammad Zain Saad, kepada pemaju projek, Nas Global Construction Sdn Bhd, di sini hari ini.

Menurut Zaim hasrat masyarakat di kawasan itu untuk mendapatkan sebuah MRSM sejak lebih sembilan tahun lepas akhirnya tercapai.
Read More

Almarhum Jeragan Abdul Shukor

--Dato' Setia Jeragan Abdul Shukor (1899-1924)--


Abdul Shukor Bin Mohamed Ali dilahirkan semasa pemerintahan Sultan Mohamed Ali Al-Mukamal Inayat Shah,Sultan Perak Yang Ke 24 (1865-1871).Nama Bonda beliau ialah Che Teh Miti berasal dari Bota Kiri,Parit Perak.

Beliau dibesarkan didalam istana dan berdamping rapat dengan kerabat Diraja yang bermula dari Almarhum Sultan Yusuf Sharifuddin Mudzaffar Shah,Sultan Perak yang ke 27 (1876-1887), yang dikatakan amat menyayangi beliau.

Beliau banyak berkhidmat dibawah Almarhum Sultan Idris Murshidul Azam Shah,Sultan Perak yang ke 28 (1887-1916) dimana beliau dilantik sebagai Setiausaha Baginda.

Dato' Setia Jeragan Abdul Shukor sebagai penjaga Istana-Istana Negeri Perak.

Diantara alat-alat kebesaran negeri Perak yang turut dijagai juga oleh Dato' Setia Jeragan Abdul Shukor

-Algrette Diraja
-Taniak Diraja
-Keris Seri Gading
-Pontoh Ular Lidi
Pangkat Dan Gelaran Yang Disandang

1883-1891: Toh Raja Dibongsu Bentara Istana Diraja
1899 : Jeragan
1899 : Dato' Setia Bijaya Diraja

Riwayat

Sepanjangan riwayatnya, Dato' Setia Jeragan Abdul Shukor sempat berkhidmat setia kepada 4 Sultan Perak seperti berikut :

-Sultan Yusuf Sharifuddin Mudzaffar Shah,Sultan Perak yang ke 27 (1876-1887)
-Sultan Idris Murshidul Azam Shah,Sultan Perak yang ke 28 (1887-1916)
-Sultan Abdul Jalil Nasruddin al-Mukhataram Shah,Sultan Perak yang 29 (1916-1918)
-Sultan Iskandar Shah,Sultan Perak yang ke 30 (1918-1938)

Riwayat

Beliau meninggal dunia pada tahun 1924 dan jenazah beliau disemadikan berhampiran makam diRaja Bukit Chandan Kuala Kangsar.Bersebelahan adalah isteri beliau,Che Teh Doyah yang meninggal dunia pada tahun 1928.

Penyandang Pangkat Y.B,O.K.K Dato Setia Bijaya DiRaja
- Dato' Setia Jeragan Abdul Shukor (1899-1924)
- Dato' Setia Mohd Noordin (1924-1939)
- Dato' Setia Mohd Hashim (1939-1973)
- Dato' Setia Abdul Wahab (1974-1989)
- Dato' Setia Haji Mohd Ghazali (1989-present)
Read More

Dialog Orang Parit

Kepada yang meminati bahasa loghat Perak/Parit boleh mengikuti perbualan ini yang dibuat secara ori / asal tanpa suntingan - Terbitan Tk Bakong Online (TBO)






TERBITAN: Telok Bakong Online (TBO)
Read More

SYED MUDA Terajui Ketua Kpg 28 Tahun


Nama Syed Muda dikalangan penduduk kampung di Parit, Perak sudah tidak asing lagi buat mereka, bukan sahaja ramah mesra malah sifat-sifat "ringan tulang" membantu penduduk kampung yang miskin atau daif tanpa mengira kaum dan menjadi pelupor pertama konsep 1Malaysia.

Begitulah gambaran sepintas lalu untuk memulakan siri "Nama-Nama Tersuhur di Parit" bagi menghiasai blog TOP ini.

Nama sebenarnya Syed Ariffin bin Syed Ahmad@Syed Dor, dilahirkan pada tahun 1920 dan telah mencebur diri bersama pasukan keselamatan British (Singapura)sebaik habis persekolahan pada tahun 1939.

(Syed Muda menatap sebuah akhbar yang menceritakan dirinya)

Setelah Jepun menakluki Singapure (1946) beliau pulang ke kampung dan akhirnya beliau telah dipilih sebagai ketua kampung menerajui Kampung Tanjung Ara, Parit.

Atas sifat mudah mesra Syed Muda juga memang dikenali dikalangan pemimpin parti politik termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abd. Razak dan juga kalangan kerabat DiRaja Perak semasa pemerintahan Alhamrhum Sultan Idris.

Diantara khidmat bakti Syed Muda yang tidak dapat dilupakan oleh penduduk kampung ialah, mendapatkan bantuan penduduk yang dilanda banjir, kebakaran dan warga tua dikampung Tanjung Ara.

(Foto Madrasah Merah di Kampung Tanjung Ara itu)

Difahamkan juga, sebuah surau yang dikenali " Madrasah Merah" di kampung Tanjung Ara sekarang adalah hasil sepeninggalan datuknya Kulop Mat Aseh bin Haji Kohor seorang guru agama tempatan dan surau tersebut masih digunapakai hingga ke hari ini.

Hasil daripada perkahwinannya ( 4 kali) sekarang Syed Muda mempunyai 20 cucu dan lebih 20 cicit (dikalangan cucunya ada yang berkhidmat sebagai peguam).

SIAPAKAH NAMA TERSUHUR DI PARIT YANG AKAN DATANG?
tungguuuuuu........
Read More

Muke Buku TOP

Sponser & Klik Iklan

Apa Kata Mike

Bertandang Umah TOP

Blog Teman-Teman

Lagu Kite


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com