Apabila Tok Nal menulis ...

PENGHULU ZAINALARIFIN
Penulis dengan pakaian istiadat semasa mengadap DYMM Tuanku di Istana Besar Seri Menanti


Mengimbau kenangan lebih 30 tahun lalu di Bota Kanan , Perak , mengingatkan Tok nal kepada deretan kedai papan di pekan kecil itu .

Hujung minggu tak berapa lama dahulu Tok Nal singgah sekejap di pekan itu dan apa yang ada 30 tahun lalu masih sama dengan sekarang , dan kalau berubah pun bangunan kedainya yang dah dinaikan batu .

Lagi satu sudah wujud pusat pembiakan tuntung spesies yang seakan-akan labi-labi atau penyu , yang lain masih sama .

Tidak banyak pembangunan disitu , kilang getah Mardec yang terletak dijalan Parit masih macam tu juga .

Cuma sungai Perak yang pernah Tok Nal mandi manda satu ketika dulu terutamanya bila hostel ketiadaan bekalan air paip , sudah semakin cetek .

Mungkin kerana kerja-kerja mengorek pasir telah dihentikan .

Tahun 1978 bila Tok Nal belajar disana , Tok Nal dapat merasakan betapa dekatnya Bota dengan Tok Nal kerana seakan-akan sama dengan kampung Tok Nal di Jempol .

Sekarang Bota telah berubah tetapi perubahan itu masih dalam bentuk lama , entah bila penduduk Bota dapat menikmati pembangunan yang seimbang saperti pekan-pekan lain .

Walau pun begitu , Tok Nal masih merasakan hangatnya Bota di hati Tol Nal , satu pekan koboi yang menimbulkan berbagai kenangan pahit manis .

Tok Nal - berkata kepada anak-anak bahawa pembangunan tidak sepenting nostalgia .

PENGHULU ZAINALARIFIN
Ini lah gambar yang penulis sering gunakan bagi menghiasi kad rasmi
Read More

Cheghite : PAK NOH TUKANG BESI


(Gambar lukisan tukang besi dibengkel)



Assalamualaikum.....

Disini teman nak cerita tentang riwayat hidup seorang tukang besi yg dilahirkan di Pasir Panjang Laut, Sitiawan, Perak yang bernama Mohd Nor B. Abdullah atau lebih dikenali sebagai Pak Noh dan di kalangan anak-anak muda memanggil Ucu Noh.. Riwayat hidupnya sebagai tukang besi bermula selepas dia berkahwin dgn seorang wanita yg bernama Mardziah Bt. Mat Hisin atau nama lainnya Bee dan terus menetap di Kampung Paloh, Layang-Layang Kiri, Parit , Perak.

Selain bertukang besi, beliau juga bersawah dan menoreh getah. Namanya disebut-sebut disekitar Perak Tengah kerana kepakarannya dalam membuat pisau, golok bersarung berulukan kepala burung, membuat pisau getah dan macam-macam peralatan tajam mengikut permintaan.

Dengan bantuan dari pihak MARA, beliau membina bengkel di depan rumahnya sendiri. Saban hari ada saja orang-orang kampung ataupun kawan-kawannya yg datang untuk membaiki pisau ataupun sengaja datang untuk melihat beliau bertukang sambil berbual-bual kosong. Beliau tak pernah kedekut ilmu, sesiapa saja yg ingin belajar, akan diajarnya.

Beliau bertukang besi sehingga berumur dalam lingkungan 70an. Kesihatan yang tak mengizinkannya utk terus bekerja seperti biasa¸beliau mengidap penyakit kencing manis. Secara perlahan-lahan bertukang besi menjadi kerja sampinganya kerana tidak kuat lagi. Setahun lebih selepas isteri tercinta meninggal dunia, beliau pergi mengadap Ilahi, iaitu pada tanggal 21hb Oktober 2009, pergi untuk selamanya bersama ilmu dan kepakaran di dada.

Berakhirnya riwayat seorang yang bernama Noh Tukang Besi, yang mempunyai banyak ilmu bertukang besi yang sepatutnya dipelajari. Tidak ramai yang mahir dalam bidang ini.

Wassalam

Tulisan : ishatir
Read More

KEISTIMEWAAN BOTE KANAN



Apa istimewanya Bota? Terletak di Daerah Perak Tengah, Bota merupakan sebuah daerah yang mempunyai banyak keistimewaannya. Antaranya yang paling ketara bagi daerah Bota ini ialah bahasanya. Di sini saya ingin mengulas sedikit sebanyak mengenai Bota. Oleh itu, izinkan saya menyampaikan artikel ini melalui penggunaaan bahasa unik Bota ini.

Bila sebut aje tentang Bote….”teman” berbangge menjadi anok jati Bote. Banyok yang unik tentang Bote ni.

Mengenai dengan bahase,teman ghase hanye golongan oghang-oghang tue ataupun sedap dipangge “Oghang lame” aje yang lebeh menguasai bahase ni.

Agoknye ghame yang idok tau tentang ase-usul name Bote ni… mungkin juge ade yang tak tau sejaghoh ngan ceghitenye. Menurut ceghite oghang lame di sini, name Bote berase daripade ceghite di mane soghang tokoh yang agok di hormati bersame-same dengan pengikutnya singgah di sebuoh kawasan.
(Pekan sehari Bote)

Ketike ‘deme’ tengah berehat dan menyediekan makanan tengah aghi, tetibe je begheh yang deme nok masok itu ilang. Di situ, timbul le kekecohan apebile semue oghang tanye “begheh mane? Dengan itu, tokoh tersebut mendapat ilham dengan ‘memikiokan’ tempat itu elok dinamekan dengan ”Pulo Begheh Mane” (Pulau Beras Mana). Akan tetapi, tempat tersebut kini dipangge ”Bote Kiri” (Bota Kiri).

Tidok berakhir di situ, kisah ini dilanjutkan pulak dengan kisah kononnya terdapat penunggu yang digelor “Hantu Bota”. Cerite ini mule meniti daghi mulut ke mulut dan mule menghantui penduduk. Lame-kelamean, Pulau Beras Mana bertukor menjadi Bota.

Name Bota Kiri dan Bota Kanan dicipta, kononnya bile penunggu itu mati, kaki kanan dan tangan kanannya menghale ke sebuoh kawasan iaitu kini dipanggil Bota Kanan. Begitu juge sebaliknya dengan Bote Kiri. Itu le kisohnye…Namun kebenarannya idok le teman pasti…
( suasana Pekan Sehari Bote)


Untuk pengetahuan kome semua, Bote adelah tempat bersejaghoh. Buktinya banyok penemuan makam-makam disekitar Bote. Antarenye makam Raja Muzaffar Shah iaitu Sultan Perak dahulu kale. Nok menguatkan lagi bukti sejaghohnye adelah penemuan ghumah Kutai.

Selain dari Pasir Salak, kome perlu tau di Bote jugak ade ghumah Kutai. Ghumah Kutai ini yang terletak kat Bote Kiri udoh beghusie lebih daghi seratus tahun. Ghumah itu adalah tempat persinggahan Raja-raja yang mudik ke hilir dahulu.

Bote ini terletak lebih kughang 40km ke arah Barat daghi bandaraya Ipoh iaitu ibu negeri Perak. Bote pulak seperti yang kome tau terbahagi kepade due bahagian iaitu Bote Kiri dan Bote Kanan.

Tumpuan utame adelah Bote Kanan keghane di Bote Kanan terdapat sebuoh pekan kecik yang menjadi tempat yang mempunyai banyok aktiviti perniagaan. Di pekan ini, perniagaan dimonopoli oleh oghang Melayu. Hal ini kerane semue penduduk Bote adelah oghang Melayu.

Pade zaman dahulu, masyarakat Melayu sangat mementingkan semangat kemelayuan, sehingge soghang bangse laen mandang kat Bote ni sampe le aghi ni iye keke sehigge sekaghang.

Penduduk di Bote melakukan banyok aktiviti seperti perniagaan, pertanian, bekerja di sektor swasta mahupun kerajaan. Generasi mude kebanyakannya meneruskan kehidupan kat pekan - pekan berhampiran seperti Ipoh, Batu Gajah dan Manjung.

Seperti yang diberitau, Bote ni beno-beno istimewe. Pekan Bote atau kawasan sekitanye adelah tempat penggemor buoh-buoh pegi. Buoh yang popular di Bote adelah buoh doyan.

(Buah teratai juga terdapat di pekan sehari Bote)


Oghang Bote memanggil durian sebagai doyan. Bile musim doyan, banyokle oghang menjue di sekitar Bote. Kat sini doyan amatlah sinonim dengan tempoyak. Tempoyak ni sejenis makanan yang diproses daripade doyan. Lazimnya, tempoyak makanan kegemaran masyarakat di daerah Bote.

Selain daripade keistimewaan yang diceghitekan tadi, istimewanye Bote adelah kerane terdapat satu Pusat Pembiakan Tuntung di situ. Pusat ini adelah pusat Pembiakan Tuntung yang pertame di dunie. Kome tau kenape teman cakap ghope itu? Hal ini kerane hanye di Bote Kanan sahaje terdapat pusat itu kerane haiwan ini hanye boleh didapati di Sungei Perok aje.

Sebut pasal sungei, tau ler kite bahawe Bote Kiri dan Bote Kanan dipisahkan oleh sebatang sungei.

Namun, dalam banyok-banyok yang istimewa kat bote ni, yang paling istimewenye ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Abdul Rahman Yaakob atau singkatannye SMKDARY.

SMKDARY adelah sebuah pusat pendidikan yang terkenal di Daerah Perak Tengah. Ape yang menjadi kebanggaan teman, kerane teman bersekolah disitu. Sudah tentu le teman bangge jadi anok murid di SMDARY, sekolah yang cantik lagi bersih. Persekitaran sekolah teman ni menyebabkan teman dan kawan-kawan dapat belajo dengan baik.

Bilangan murid disini rame, sampe mencecah 1600 oghang. Sekolah teman ni dirasmikan pade 30.8.1969 oleh Menteri Pendidikan pada masa itu iaitu Dato’ Abdul Rahman Yaakob dan name sekolah ni adalah bersempene dengan name belio. 37 tahun doh berlalu tapi sekolah ni tetap tersegam indah dan name SMDARY tetap dalam ingatan teman.

Begitulah keunikan dan keistimewan Bote. Walaupun sebuoh kawasan atau daerah yang kecik, namun keistimewaannye tetap menyerlah.

Pembangunan di Bote adelah sejajo dengan peredaran teknologi pade mase kini dan mungkin suatu hari nanti, Bote akan menjadi sebuoh bando yang membangun pesat. Siape sangke???

Ape-apepun, setiap tempat atau kawasan keistimewaannye seperti Bote sendiri. Keunikan ini haruslah diteruskan dari mase- kesemase dan kite haruslah memberitau generasi akan datang tentang Bote. Biole kita hidup di bawoh satu rumpun dan idup aman di tempat sendiri iaitu BOTE.
Read More

SMDARY Bote



Keinginan penduduk setempat untuk mendapatkan sebuah instiusi pengajian di kawasan Bota Kanan,telah mewujudkan sejak negara ini dalam zaman penjajahan lagi. Hal ini kerana penduduk setempat tidak mampu untuk menghantar anak mereka ke Bandar bagi mendapatkan pendidikan yang baik dan sempurna di mana-mana sekolah Inggeris.Hanya sebahagian kecil sahaja pendududk tempatan yamg mampu menghantar anak mereka ke Bandar untuk menimba pengetahuan.

Di kawasan Pekan Bota Kanan sememangnya tidak terdapat sekolah menengah.Oleh yang demikian , penduduk tempatan terpaksa menghantar anak mereka ke sekolah menengah yang hanya terdapat di Pekan Parit .Memandangkan itu sahaja sekolah menengah yang ada iaitu Sekolah Menengah Iskandar Shah. Jarak perjalanan dari Bota Kanan ke pekan Parit ialah sejauh 16km. Memandangkan itu shaja sekolah menengah yang terdapat ketika itu , menyebabkan Sekolah Menengah Iskandar Shah menjadi tumpuan ramai ibu bapa untuk menghantar anak mereka ke Sekolah Menengah Iskandar Shah menjadi tumpuan ramai ibu bapa untuk menghantar anak mereka ke sekolah menengah walaupun jaraknya agak jauh .

Justeru , UMNO kawasan Bahagian Parit telah mengambil insiatif dengan mengemukakan memorandum dan resolusi kepada Kementrian Pelajaran agar sebuah sekolah menengah dibina dengan kadar segera.Usaha-usaha tersebut telah diketengahkan oleh Tn . Hj . Muhammad Ali B Uda Sekah yang merupakan ketua UMNO Bahagian Parit ketika itu.Menjelang tahun1964,pembinaan bengunan sekolah ini telah dimulakan.Sesungguhnya ia telah membuka satu dimensi baru terhadap pendidikan kawasan Bota Kanan.



Oleh:
cqsmkdary-bota. (SMKDary'an)
" Sebagai satu Nostalgia"
Read More

Jambatan Noghoden Dulu Dan Sekarang

(Foto Jambatan Nordin Tg.Belanja sekarang)



(Foto jabatan Nordin lama )
Read More

Pusat Tuntung Bota pikat pelancong



KEUNIKAN dan keindahan panorama tuntung bertelur di tebing Sungai Perak boleh dikomersialkan sebagai satu lagi produk pelancongan Perak yang mampu menarik lebih ramai pelancong berkunjung ke negeri ini.

Tuntung sebagai reptilia air tawar banyak singgah di tebing Sungai Perak untuk bertelur dan senario sama boleh didapati di Terengganu dan Kedah sebelum ini.

Bagaimanapun, spesies berkenaan didapati semakin berkurangan dan langkah segera perlu diambil bagi mengatasi masalah kepupusan binatang berkenaan.

Hampir setiap tahun, kawasan tebing Sungai Perak iaitu di antara Bota Kanan dan Layang-Layang menjadi lokasi utama pelancong terutama pencinta haiwan bagi menyaksikan tuntung bertelur.



Sehubungan itu, bagi memastikan spesies berkenaan kekal, Kompleks Pemeliharaan dan Penetasan Tuntung di Bota Kanan, bertindak memulihara ekosistem binatang berkenaan.

Kompleks berkenaan dilengkapi pelbagai kemudahan dalam usaha memelihara spesies berkenaan seperti kolam pemeliharaan ibu tuntung, pusat penetasan serta bilik pameran.

Selain berupaya menjadi aset pelancongan popular, kompleks berkenaan penting terutama bagi generasi muda mengenali dan menjalankan kajian mengenai tuntung.

Pengarah Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak, Jasmi Abdul ketika ditemui berkata, tuntung sama seperti reptilia lain mempunyai kulit bersisik, bertelur dan mempunyai suhu badan yang berubah mengikut suhu sekeliling.

Beliau berkata, tuntung yang dipelihara di pusat pembiakan itu adalah dari jenis tuntung sungai atau nama saitifiknya `Batagur Baska'.

Katanya, haiwan itu mudah dikenali menerusi dua keping cengkerang berpetak di permukaan atas badannya.


Cengkerang pada bahagian atas badan atau nama saintifiknya Carapac mempunyai 38 petak kecil manakala 10 petak kecil di bahagian bawah dinamakan Plastrom.

Cengkerang berkenaan bertujuan melindungi tuntung daripada dimakan musuh.

Jasmi berkata, apa yang pelik mengenai tuntung ialah haiwan berkenaan akan mati lemas jika gagal timbul ke permukaan air selepas menyelam kerana kegagalan untuk bernafas.

"Tuntung jantan dewasa mempunyai tanda putih di mata, mulut bermuncung, berekor panjang serta mempunyai cengkerang gelap.

"Kebiasaannya, tuntung berukuran 50 sentimeter panjang dan 40 sentimeter lebar dengan berat antara 18 hingga 22 kilogram setiap seekor," katanya.

Beliau berkata, bagi tuntung betina pula matanya tidak mempunyai garisan hitam seakan celak tetapi mempunyai retina yang lebih cerah, bermuncung lonjong atau dumpuk (tumpul), berekor lebih besar dan padat sementara bercengkerang kelabu kehijauan.

Selain itu, tuntung betina bersaiz lebih besar berbanding tuntung jantan dengan panjang mencapai 55 hingga 60 sentimeter dan mempunyai lebar antara 51 hingga 54 sentimeter serta berat antara 22 hingga 30 kilogram.

Telur tuntung yang dikesan akan dipindahkan ke tapak penetasan dengan kadar segera bagi memastikan selaput lendir yang menyelaputi telur tuntung tidak hilang.

"Lendir yang melekat pada telur tuntung berperanan melindungi telur daripada serangan penyakit," katanya.

Beliau berkata, pembiakan tuntung di Perak tertumpu sekitar Sungai Perak kerana kawasan terbabit adalah pertemuan air tawar dari Sungai Perak dan air masin dari Teluk Intan terutama di kawasan Kampung Air mati dan Teluk Bakong berhampiran Bota Kanan.

Tuntung dewasa matang ketika berusia 10 hingga 12 tahun dan jangka hayatnya boleh mencecah sehingga 100 tahun.

"Pada awal musim pembiakan, kebanyakan tuntung mengawan di kawasan berhampiran pantai tempat bertelur. Seekor tuntung betina boleh bertelur antara satu hingga dua kali sepanjang musim.

"Bilangan telur dalam satu sarang pula antara 30 hingga 37 biji, jumlah itu akan berkurangan pada kali kedua iaitu antara 15 hingga 20 biji dan kebiasaannya melebihi sebiji," katanya.

Musim bertelur bagi tuntung ialah dari bulan November hingga Februari di kawasan pantai yang berketinggian melebihi dua meter dari paras air sungai berpasir.

Tuntung akan menggali lubang sedalam antara 50 hingga 70 sentimeter dan berkeluasan 15 sentimeter lebar menggunakan kaki bahagian depan untuk bertelur.

Telur kemudiannya ditimbus menggunakan jari dan ekor. Proses penetasan berlaku dengan suhu pasir dan kepanasan matahari.

Jasmi berkata, melalui kaedah semula jadi telur yang dikutip akan dimasukkan ke tempat penetasan dan dibiarkan terdedah kepada panas dan hujan.

Sebaik saja menetas anak tuntung di pusat itu ia akan dimasukkan ke dalam bekas takungan kerana anak tuntung memerlukan pemerhatian lebih teliti.

Anak tuntung yang baru menetas mengalami pelbagai cabaran sebelum dewasa antaranya serangan penyakit yang disebabkan fungus yang sering menyerang mata, mulut dan bahagian belakang hingga boleh menyebabkan kecacatan tuntung.

Selain itu, katanya, pencemaran sungai juga menyebabkan habitat haiwan itu kini semakin terancam berikutan pembuangan sisa toksik dari kilang.

Seorang pelawat, Asilawati Hj Hussin, 34, berkata pusat berkenaan memberikan peluang kepada generasi muda untuk mendalami mengenai kehidupan reptilia itu.

Katanya, masyarakat perlu peka dan boleh membantu memelihara habitat haiwan berkenaan dengan bersama-sama menjaga kebersihan sungai bagi memastikan reptilia itu terus membiak.

Guru Sekolah Kebangsaan Perpaduan Ulu Kinta Ipoh, Rusuhaiza Sulaiman, 29, berkata tindakan tegas perlu dikenakan ke atas sesiapa yang didapati dengan sengaja memusnahkan habitat tuntung.

Oleh Mohd Idris Sulaiman
Read More

Hutang Darah Belum Berbayar

(Komunis mencari bahan makanan dalam kampung - menjadikan penduduk dalam kampung sentiasa diselimuti ketakutan kerana kekecaman dan kezalimannya)



Bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng atau nama sebenarnya, Ong Boon Hua, telah gagal untuk mendapatkan pengisytiharan kebenaran untuk masuk dan hidup di Malaysia, setelah Mahkamah Persekutuan menolak permohonannya pada 30 April yang lalu. Keputusan Mahkamah Persekutuan tersebut telah menimbulkan pelbagai reaksi yang berbeza daripada ramai rakyat Malaysia.

Rata-rata rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan kemakmuran, berpendapat bahawa keputusan Mahkamah Persekutuan tersebut adalah tepat.

Namun, pandangan dan seruan segelintir rakyat Malaysia yang buta sejarah, telah memperjuangkan permohonan Chin Peng dan telah membangkitkan api kemarahan ramai rakyat Malaysia yang patriotik.

Terdapat golongan muda yang lahir semasa negara sedang menikmati kemajuan pesat serta aman damai dan tidak memahami jerih perih serta pengorbanan keringat, darah dan air mata, pemimpin, rakyat khasnya anggota pasukan keselamatan semasa memerangi pengganas komunis dahulu, terkeliru dengan seruan beberapa pemimpin politik yang kini memberi sokongan kepada Chin Peng.

Bagi menegakkan agenda politik yang songsang, beberapa pemimpin politik cuba mendesak kerajaan untuk membenarkan Chin Peng kembali ke tanah air atas dasar peri kemanusiaan.

Mereka menyatakan Chin Peng juga patut dimaafkan kerana kini telah tidak lagi menjadi ancaman kepada negara.

Ideologi komunis dikatakan adalah seperti sebiji benih yang tertanam dalam tanah gersang.

Walau kemarau seratus tahun, bila tiba musim hujan, benih tersebut akan tumbuh semula. Di bawah perjanjian damai antara kerajaan Malaysia, kerajaan Thailand dan PKM di Hatyai, Thailand pada 1 Disember 1989, PKM telah meletak senjata dan bersetuju kembali kepangkuan masyarakat.

Namum seperti yang diakui sendiri oleh Chin Peng, bahawa mereka hanya menerima perlawaan kerajaan Malaysia untuk meletak senjata dan kembali kepada masyarakat tetapi tidak sekali-sekali memberi persetujuan untuk membubarkan PKM atau menggugurkan ideologi komunis mereka.

Perjanjian Damai Hatyai

Sebelum Perjanjian Damai Hatyai, kerajaan pernah memberi peluang kepada PKM untuk menyerah diri. Pertama kali semasa Rundingan Baling pada tahun 1955 dan seterusnya sebelum Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.

Namun kedua-dua peluang telah ditolak oleh Chin Peng walaupun ramai anggota PKM yang lain telah menerima perlawaan tersebut, telah meletak senjata dan kembali kepada masyarakat ketika itu.

Perjanjian Damai di Hatyai telah diadakan sebanyak tiga pusingan bermula pada Mac 1989. Setelah tamat pusingan ketiga pada 1 Disember 1989, Chin Peng tetap tidak mahu membubarkan PKM, namun empat perkara pokok yang telah dipersetujui ialah:

Pertama: Menamatkan aktiviti ketenteraan dengan serta-merta selepas menandatangani perjanjian.

Kedua: PKM perlu membubarkan unit ketenteraan, memusnahkan senjata, peluru, bahan letupan dan jerangkap samar.

Ketiga: Penempatan di Malaysia. Anggota PKM yang berasal dari Malaysia dan ingin tinggal di Malaysia dibenarkan. Anggota yang bukan berasal dari Malaysia tetapi memilih untuk tinggal di Malaysia juga dibenarkan. Anggota PKM yang memilih untuk tidak kembali ke Malaysia, dibenarkan oleh kerajaan Thailand tinggal di beberapa perkampungan khas di Selatan Thailand.

Keempat: Bantuan oleh kerajaan Malaysia. Selaras dengan Perkara Ketiga, kerajaan Malaysia akan membantu anggota PKM yang kembali ke pangkuan masyarakat untuk memulakan kehidupan baru dari segi perumahan, pekerjaan dan kewangan.

Setelah termeterai Perjanjian Damai Hatyai, dalam tempuh satu tahun yang diberikan, seramai 442 bekas ahli PKM telah memohon untuk kembali ke Malaysia dan seramai 406 daripada mereka telah menghadiri temu duga.

Kesemuanya 338 bekas ahli PKM yang memenuhi syarat dan lulus temuduga telah diterima kembali untuk tinggal di Malaysia. Kesemua mereka telah menerima bantuan kerajaan untuk memulakan kehidupan baru di bumi Malaysia yang aman makmur.

Asal Usul Parti Komunis Malaya

Komunisme yang dicetuskan oleh Karl Marx di Eropah pada pertengahan abad ke-19, merebak dengan pesat ke negara lain seperti Russia dan China sebelum tiba di Tanah Melayu pada tahun 1920-an.

Ajen komunis yang begitu aktif berjaya menanamkan ideologi tersebut kepada rakyat Tanah Melayu khasnya kaum Cina dan PKM yang ketika itu adalah cabang Parti Komunis China, ditubuhkan pada tahun 1930 di Tanah Melayu.

Pada tahun 1934 seramai hampir 10,000 kaum Cina di Tanah Melayu telah menyertai PKM. Chin Peng menyertai PKM pada tahun 1940 semasa baru saja berumur 18 tahun.

Menjelang pendaratan tentera Jepun di Singapura, Tentera British yang menyedari PKM adalah anti-Jepun, telah mula melatih secara intensif seramai 165 anggota sayap bersenjata PKM dalam ilmu perang gerila di 101 Special Training School, di Tanjong Balai dekat muara Sungai Jurung di Singapura pada tahun 1941.

Di samping latihan perang gerila khasnya cara melancarkan serang hendap, anggota sayap bersenjata PKM juga dibekalkan dengan senjata, peluru, bahan letupan, peralatan radio, bahan makanan dan kewangan untuk bekalan selama tiga bulan.

Pada 3 Januari 1942, tentera British juga telah menubuhkan satu lagi pusat latihan gerila untuk sayap bersenjata PKM di 102 Special Training School di Sekolah Cina Chunjin di Kuala Lumpur.

Semasa Tanah Melayu di bawah pemerintahan tentera Jepun, sayap bersenjata PKM yang menentang tentera Jepun dalam pasukan Malayan People‘s Anti- Japanese Army (MPAJA), terus dibekalkan oleh tentera British yang berpengkalan di Ceylon (kini Sri Lanka) dan India, dengan senjata, peluru, bahan letupan, peralatan perang, makanan, peralatan radio wireles dan kewangan.

Semua bekalan dihantar oleh tentera British kepada gerila Komunis MPAJA melalui kapal selam dan pengguguran dengan payung terjun.

Setelah tentera Jepun kalah perang, tentera British yang telah kembali ke Tanah Melayu, telah meminta anggota MPAJA untuk meletak senjata dan memulangkan semula semua senjata, peluru, bahan letupan dan peralatan radio wireless.

Sayap bersenjata PKM enggan meletakkan senjata serta enggan memulangkan semua senjata, peluru, bahan letupan serta peralatan wireless radio dan bermulalah penentangan PKM terhadap tentera British di Tanah Melayu.

PKM yang ketika itu dipimpin oleh Chin Peng sebagai Setiausaha Agung, memulakan penentangan bersenjata terhadap tentera British di Tanah Melayu pada tahun 1948 berakhir selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan iaitu hingga tahun 1960. Konfrontasi tamat pada tahun 1966 dan tentera British berundur dari Malysia pada tahun 1967. Selepas itu PKM yang merasakan ketiadaan tentera British akan melemahkan pasukan keselamatan negara, meneruskan penentangan bersenjata terhadap kerajaan Persekutuan Malaysia mulai tahun 1968 hingga tahun 1989.

'Bintang Tiga Berkuasa Selama 14 hari di Tanah Melayu’

Peristiwa 14 Hari. Sebenarnya Bintang Tiga tidaklah berkuasa di seluruh Tanah Melayu selama 14 hari selepas tentera Jepun menyerah kalah pada tahun 1945.

Mereka hanya berkuasa selama itu di beberapa bandar dan pekan dalam daerah tertentu di mana pasukan Force 136 tidak beroperasi. Di beberapa bandar, pekan dan daerah lain seperti Muar dan Batu Pahat di Johor dan Daerah Parit di Perak, kuasa Bintang Tiga terhad kerana kebangkitan orang Melayu yang menentang mereka.

Sejurus selepas tentera Jepun mengaku kalah, pengganas Bintang Tiga merayakan tamat perang dan kemenangan dalam perjuangan menentang tentera Jepun dengan mengadakan perbarisan kemenangan di beberapa bandar di Tanah Melayu.

Mereka telah mengadakan perbarisan kemenangan di Johor Bahru, Johor dan Pekan Keruh (kini Pengkalan Hulu) di Hulu Perak.

Rancangan Bintang Tiga untuk mengadakan perbarisan kemenangan di Alor Setar, Kedah digagalkan oleh kehadiran Pasukan Force 136 yang berjaya mengambilalih kuasa daripada tentera Jepun.

Sebelum itu gerila Bintang Tiga sempat menyerang Balai Polis Alor Janggus, sebuah pekan kecil enam batu dari Alor Setar, menahan beberapa anggota polis dan merampas beberapa senjata. Di Balai Polis Kuala Nerang, percubaan pengganas komunis Bintang Tiga untuk merampas senjata telah dipatahkan oleh Pasukan Force 136 yang diketuai oleh Leftenan Tengku Osman Jewa (anak watan pertama sebagai Ketua Turus Angkatan Tentera ).

Di Bandar Raub dan Kuala Lipis, Pahang, pengganas Bintang Tiga gagal berkuasa. Pasukan Force 136 dan Gerila Wataniah Pahang secara serentak memasuki kedua-dua bandar untuk mengambilalih kuasa daripada tentera Jepun pada 3 September 1945, sehari selepas Jeneral Douglas MacArthur menandatangani Perjanjian Jepun Menyerah Kalah dan tamat Perang Dunia Kedua di Timur Jauh pada 2 September 1945.

Gerila Wataniah Pahang yang menyertai Force 136 Melayu, ketika itu di bawah Mejar Yeop Mahidin bin Mohd Sharif, yang hanya dikenali dengan gelaran “Singa” oleh tentera Jepun, bersama pegawai British, Lt Col Douglas Richardson yang dikenali dengan nama samaran ‘Kiwi’.

Sementara itu di Bandar Ipoh, Kuala Kangsar dan Taiping, gerila Bintang Tiga tidak dapat berkuasa kerana Markas Force 136 Perak yang terletak di Istana Kuning Bukit Chandan telah menghantar anggota Force 136 untuk mengawal ketiga-tiga bandar daripada pengaruh pengganas komunis sementara menunggu kedatangan British Military Administration.

Pegawai Perhubungan Force 136 di Kuala Kangsar, Perak, ketika itu ialah Leftenan Raja Lope Nor Rashid bin Raja Abdul Rahman (Rekrut No:25 yang menjadi anak Melayu pertama memakai pangkat Brigedier Jeneral ).

Di beberapa negeri, daerah dan bandar yang dikuasai oleh Bintang Tiga selama empat belas hari, ribuan rakyat khasnya orang Melayu telah menjadi mangsa keganasan dan kekejaman pengganas komunis.

Tanpa bukti yang nyata serta memakai ‘Law Of The Jungle’ hukuman rimba, pengganas komunis Bintang Tiga di bawah kuasa Chin Peng, telah menyeksa mangsa dengan kejam sebelum mereka dibunuh samada ditembak atau ditikam dengan pisau atau benet.

Mayat mereka rata-rata dibuang dalam sungai atau ditinggalkan dalam hutan dimakan binatang buas dan ramai mangsa yang diculik tidak dijumpai hingga hari ini, tidak diketahui samada hidup atau mati.

Perebutan Bandar Lenggong

Pekan Lenggong, di Hulu Perak, mempunyai sejarah tersendiri selepas tentera Jepun menyerah kalah di Tanah Melayu. Sejurus selepas tentera Jepun meletak senjata, gerila Bintang Tiga (sayap bersenjata PKM) telah mengambil kuasa di Pekan Lenggong.

Selang beberapa hari di bawah kuasa Bintang Tiga, gerila Bintang Satu ( Parti Kuamintang ) yang sangat aktif di Hulu Perak menentang tentera Jepun, telah merampas kuasa daripada gerila Bintang Tiga.

Selain memusuhi tentera Jepun, gerila Bintang Tiga dan Bintang Satu juga bermusuhan dan antara mereka sering berlaku pertempuran akibat berbezaan ideologi komunis yang bermula di negara China lagi.

Pasukan gerila Melayu Force 136 yang ketika itu telah mengambil kuasa daripada tentera Jepun di Pekan Gerik, telah bergegas menuju Pekan Lenggong dan berjaya merampas Pekan Lenggong daripada gerila Bintang Satu.

Kehadiran pasukan gerila Melayu Force 136 telah mengembalikan keamanan di Pekan Lenggong. Ramai penduduk Pekan Lenggong serta daripada kampung-kampung sekitar, telah keluar beramai-ramai mengalu-alukan ketibaan pasukan gerila Melayu Force 136. Semasa gerila Bintang Tiga berkuasa selama beberapa hari di Lenggong, ramai penduduk Melayu Lenggong telah dibunuh dengan kejam dan ramai lagi yang diseksa dengan teruk oleh gerila Bintang Tiga.

Gerila Bintang Tiga dikatakan ingin membalas dendam terhadap penduduk Melayu yang dikatakan telah bersubahat dengan tentera Jepun, walhal, ramai penduduk Pekan Lenggong telah menyertai atau menyokong pasukan gerila Melayu Force 136 menentang tentera Jepun di Hulu Perak dan ramai yang terkorban dan cedera.

Malah beberapa penduduk Hulu Perak yang disyaki menyertai atau membantu pasukan Force 136 telah diseksa oleh tentera Jepun hingga mati dan beberapa kampung turut dibakar.

Darurat diisytiharkan di Tanah Melayu

Semasa pembentukan Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948, pihak British telah mengenepikan PKM.

Setelah usaha untuk menubuhkan sebuah kerajaan komunis menerusi pendekatan politik gagal, PKM merubah strategi kepada pendekatan keganasan.

PKM mula melakukan keganasan terhadap rakyat yang tidak menyokong pergerakan mereka.

Dalam pada itu PKM juga cuba mensabotaj ekonomi Tanah Melayu, memusnah ladang getah dengan menakik ribuan pokok getah, membakar rumah asap dan gudang getah serta menakut-nakutkan penoreh getah supaya tidak turun menoreh.

Akibat pembunuhan tiga pengurus ladang getah berbangsa Inggeris di Perak oleh pengganas komunis, maka kerajaan Inggeris di Tanah Melayu telah mengharamkam PKM dan mengisytiharkan darurat pada tahun 1948 dan hanya tamat pada tahun 1960 selepas PKM berundur melintas sempadan mencari perlindungan di Selatan Thailand. Darurat di Tanah Melayu menyaksikan ribuan peristiwa keganasan dan kekejaman pengganas komunis yang dipimpin oleh Chin Peng.

Ribuan anggota pasukan keselamatan dan orang awam terbunuh dan ramai lagi yang cedera dan teraniaya. Ramai pemimpin dan pegawai tinggi kerajaan turut terbunuh, antara mereka ialah Pesuruhjaya Tinggi British Sir Henry Gurney dibunuh komunis pada 1951, Ketua Polis Negara Allahyarham Tan Sri Rahman Hashim dibunuh ajen komunis di Jalan Tun Perak, Kuala Lumpur, pada 7 Jun 1974 dan pada 13 November 1975 pula, Ketua Polis Perak, Tan Sri Khoo Chong Kong. Keganasan dan Kekejaman PKM

Di sepanjang Era Darurat 1948 hingga 1960 dan Era Kebangkitan Kedua PKM 1968 hingga 1989, pengganas komunis melakukan keganasan dan kekejaman dari utara hingga ke selatan Semananjung Tanah Melayu serta di Sarawak.

Seramai 2,083 anggota pasukan keselamatan terkorban dan seramai 3,541 lagi cedera termasuk cedera kekal seperti putus kaki dan tangan di tembak atau terkena jerangkap samar.

Sementara itu seramai 2,588 orang awam turut terkorban dan seramai 1,490 lagi cedera oleh angkara pengganas komunis. Bagi menunjukkan kebangkitan semula PKM, pengganas komunis telah menyerang hendap sebuah konvoi pasukan keselamatan di jalan Kroh-Betong pada 17 Jun 1968.

Seramai 17 anggota pasukan keselamatan telah terbunuh. Untuk mengabuli mata pasukan keselamatan dengan memberi gambaran bahawa PKM hanya aktif di kawasan sempadan, pengganas komunis telah melakukan serang hendap di Sintok, Kedah, memasang jerangkap samar di jalan Changlun-Sadao serta meletupkan jalan kereta api dekat Padang Besar.

Bagaimanapun, pertempuran di Hutan Sinpan Bukit Kinta di Perak telah membuktikan bahawa PKM sudah jauh melintas sempadan.

Antara keganasan terawal yang dilakukan oleh pengganas komunis terhadap penduduk kampung berlaku di Kampung Layang-Layang Kiri, Parit, Perak pada tahun 1946 ketika PKM mula mencari rekrut baru di kalangan penduduk Melayu.

Oleh sebab orang Melayu tidak mahu menerima propaganda PKM yang cuba menegakkan pergerakan mereka sebagai memperjuangkan kemerdekaan daripada penjajahan British, tambahan pula fahaman komunis yang anti Islam, pengganas komunis telah membunuh seramai 14 penduduk Kampung Layang-Layang Kiri serta menculik seramai 11 lagi anggota keluarga Kamaluddin Noh.

Mayat mereka yang dibunuh dijumpai dalam Sungai Perak dekat Kampung Layang-Layang Kiri sementara mereka yang diculik hingga kini tidak diketahui samaada hidup atau mati.

Dalam satu lagi keganasan pengganas komunis ketika ‘Peristiwa 14 Hari’ berlaku di Kampung Perigi Jernih……… pada September 1945. Seorang penduduk kampung, Abdul Karim Bidin diseret daripada rumahnya pada jam 4 pagi, dibawa ke jalan kereta api dekat kampung dan kemudiannya ditembak serta ditikam sampai mati. Ramai lagi penduduk Kampung Perigi Jernih turut menjadi mangsa keganasan gerila Bintang Tiga ketika itu.

Dalam tahun1945,ketika pengganas komunis berpengkalan dekat Klian Intan dekat Kroh, Hulu Perak, gerila Bintang Tiga telah membakar banyak rumah penduduk kampung yang enggan menyokong pergerakan mereka.

Rumah di kampungkampung seperti Bukit Buluh, Malau, Kubang, Kuala Kenering, Sungai Terap, Kampung Chua dan Kampung Beko telah dibakar hangus.

Di Kampung Chepor dan Bukit Sapi, Lenggong, beberapa penduduk kampung yang enggan bekerjasama dengan komunis, telah diikat pada tiang seri dan dibakar bersama rumah mereka.

Satu lagi peristiwa keganasan pengganas PKM berlaku kepada orang kampung dekat Junjung, Kulim, Kedah di mana seorang penduduk telah dibakar hidup-hidup dengan tangannya terikat pada stering lorinya.

Di Batu Pahat, pengganas komunis telah membunuh dan menyeksa ramai penduduk Melayu kerana membalas dendam. Mereka menuduh penduduk Melayu bersubahat dengan tentera Jepun hingga ramai penduduk kaum Cina dibunuh oleh tentera Jepun.

Pengganas Bintang Tiga yang berpengkalan di hutan dekat Bukit Pasir telah bertindak kejam dengan membunuh Pegawai Daerah Batu Pahat, Ismail bin Dato’ Abdullah. Akibat tindakan pengganas komunis penduduk Melayu Batu Pahat telah bangkit menentang pengganas komunis serta penyokong mereka iaitu kaum Cina.

Pemimpin penduduk Melayu ketika itu ialah Kiai Salleh yang pernah menjadi Penghulu Mukim Simpang Kiri, Batu Pahat. Dalam satu peristiwa keganasan pengganas komunis dilakukan oleh pengganas komunis yang dipimpin oleh orang Melayu bernama Khidzir, terhadap penduduk Kampung Kenaboi, Jelebu, Negeri Sembilan, pada 5 Januari 1950. Khidzir bersama 15 pengganas komunis yang lengkap bersenjata, yang kebanyakannya adalah pengganas bangsa Cina, telah datang ke Kampung Chenah (Kenaboi) untuk menangkap seorang penduduk bernama Bahadun.

Bahadun adalah menantu kepada Ketua Kampung Chenah, Abdul Aziz bin Dato’ Abdullah, yang juga Penolong Penghulu Mukim Kenaboi. Ketika menghalang pengganas komunis daripada menangkap Bahadun, berlaku bergaduhan dan Ketua Kampung Abdul Aziz sempat menendang dada Khidzir yang cuba menggunakan pistol.

Oleh kerana pengganas komunis terlalu ramai, akhirnya Ketua Kampung Abdul Aziz bersama Bahadun dan seorang lagi penduduk yang turut melawan, telah dapat ditangkap.

Mereka bertiga telah diseret ke jambatan masuk ke Kampung Chenah dan diikat dekat kepala jambatan.

Badan mereka bertiga telah dikelarkelar oleh pengganas komunis dan dicurah dengan air garam. Setelah puas diseksa dengan kejam, pengganas komunis telah menembak mereka bertiga hingga mati.

Sebenarnya terlalu banyak kejadian keganasan dan kekejaman yang dilakukan oleh pengganas komunis terhadap penduduk awam untuk diceritakan.

Mungkin seratus buah buku tidak cukup untuk menceritakan segalanya.

Terlalu ramai yang menjadi mangsa keganasan dan kekejaman gerila PKM di bumi Malaysia yang hingga kini masih menderita.

Isteri, anak dan saudara mereka yang terkorban oleh keganasan dan kekejaman komunis hingga kini masih merasai kehilangan orang tersayang.

Penutup

Seluruh rakyat Malaysia perlu memahami bahawa walaupun komunis telah dikalahkan dari sudut ketenteraan di Malaysia, PKM tidak dibubarkan.

Ideologi komunisme masih hidup di kembali kepada masyarakat dan kini ideologi tersebut sudah nampak seperti disemarakkan semula. Kita perlu sedar perkembangan yang tidak sihat ini dan semua golongan rakyat Malaysia mesti sentiasa berwaspada dan bertindak dengan waras.

Masih terdapat usaha oleh pihak tertentu untuk mempengaruhi dan meracuni pemikiran rakyat seluruh dunia dan negara kita tidak terkecuali, terutama golongan intelektual dan khasnya generasi muda terhadap dakyah komunisme. Terdapat bekas anggota PKM yang mewujudkan blog yang mengagungkan perjuangan PKM di Tanah Melayu.

Bekas anggota PKM yang memperkenalkan diri sebagai Mat Amin, 60 tahun, mendakwa pernah menjadi anggota Rejimen Ke-10 PKM selama 20 tahun. Mat Amin mewujudkan blog kerana merasakan media arus perdana menyisihkan perjuangan PKM.

Ramai golongan muda yang tidak pernah merasai pahit maung kehidupan semasa era darurat dan tidak peka dengan sentimen rakyat yang cintakan kedamaian, keamanan serta berjiwa patriotik, dengan mudah mempercayai persepsi yang dibentangkan oleh Mat Amin.

Rakyat Malaysia perlu memainkan peranan dalam menjaga keselamatan negara dengan turut memantau perkembangan dalam medium internet seperti portal, blog, laman bual serta media lain, supaya dapat mematahkan percubaan ajen dan penyokong komunis menimbulkan salah faham di kalangan golongan belia agar tidak tersesat jalan.

Kita tidak mahu mereka sampai memuja fahaman komunisme kerana dibiarkan terpengaruh dengan blog yang tidak bertanggungjawab. Kita tidak mahu sebarang percubaan fahaman komunisme bertapak kembali di bumi Malaysia yang aman makmur. Jangan dibiarkan fahaman yang bertentangan dengan ajaran Islam itu meresap ke dalam pemikiran masyarakat kita.

Kita jangan lupa bahawa PKM bukan sahaja menggugat keselamatan negara dengan membunuh dan mencederakan ramai orang awam dan anggota pasukan keselamatan dalam usaha mereka untuk menubuhkan sebuah negara komunis di Tanah Melayu, mereka juga cuba memusnahkan segala kemajuan yang sedang diusahakan oleh kerajaan untuk rakyat.

Pengganas komunis telah mensabotaj pembangunan negara dengan memusnahkan jentera-jentera Jabatan Kerja Raya yang sedang membina Lebuh Raya Timur Barat di utara negeri Perak pada 23 Mei 1974.

Pengganas komunis juga telah meletupkan landasan kereta api, menyerang kereta api yang lalu, dalam beberapa kejadian di Negeri Sembilan, Perak, Pahang dan Kedah. Semasa darurat, semua laluan kereta api di Pantai Barat dan Timur di Tanah Melayu,dikawal oleh pasukan keselamatan yang mengiringi semua perjalanan kereta api dengan menaiki Armoured Wickham Trolley yang kalis peluru.

Dengan kehadiran anggota pasukan keselamatan dalam Armoured Wickham Trolley telah mengurangkan ancaman serang hendap pengganas komunis terhadap kereta api dan rakyat dapat bergerak dengan bebas.

Semua rakyat negara ini mesti mengiktiraf peranan semua anggota pasukan keselamatan yang sejak dahulu lagi rela berkorban darah, keringat dan air mata demi menentukan negara Malaysia kekal aman, damai dan sejahtera.

Hutang darah yang tertumpah di bumi Malaysia angkara kekejaman dan keganasan gerila komunis masih belum terbayar.

Keluarga pasukan keselamatan yang terkorban ketika era Darurat hingga kini masih terasa kehilangan ayah, abang dan saudara mara yang tercinta.

Ramai mereka yang cedera masih trauma dengan kehilangan anggota mereka.

Malah terdapat seorang pegawai yang terputus kaki semasa operasi menentang pengganas komunis akibat terpijak jerangkap samar, kini masih berkhidmat dalam Tentera Darat. Hormati dan kenanglah pengorbanan, jasa dan khidmat bakti mereka untuk negara Malaysia tercinta.

#Admin's;
Parit juga turut terjebak dalam kemelut kekejaman Komunis ramai yang dibunuh atau pun dibawa bersama-sama ke dalam hutan sehingga ke hari ini tidak ketahui nasibnya HANYA KEPADA ALLAH KITA BERDOA DAN HARAPKAN.

Rujukan:
http://www.btdm.net/menarik3.html
Read More

Raisuddin Hamzah: Bio pape asa begaye?





Read More

Lirik Lagu Pak Ude " Wan Lebo "

( Azami Ismail @ Pak Ude)



Singgah bermalam ghomah pak ude

Makan nasik sayo keladi
Bio pape asei bergaye
Aseikan senang di dalam hati

Peram-peram pisang
Pisang masak layu
Jatuh dalam lubang
Sambo bapak yu
Umbut2 nyor belalang kedek2
Sape buat hingo
Ghontu kene cubet

Daghi lambor pegi ke bote
Singgah bermalam ghomah wan lebo
Hajat hati minang anak dare
Dapatle jande ghambotnye gugor

Peram2 pisang
Pisang masak layu
Jatuh dalam lubang
Sambo bapak yu
Umbut2 nyor belalang kedek2
Sape buat hingo
Ghontu kene cubet

Tojon daghi keghotak bote
Dapat sebijik doyan dah mangko
Disangkekan ayor dalam belake
Jatuh terjombap di ateh pasyor

Peram2 pisang
Pisang masak layu
Jatuh dalam lubang
Sambo bapak yu
Umbut2 nyor belalang kedek2
Sape buat hingo
Ghontu kene cubet

Daghi lambor pegi ke bote
Singgah bermalam ghomah wan lebo
Hajat hati minang anak dare
Dapatle jande ghambotnye gugor

Ciptaan: ???
Gubahan: ???
Read More

Blogs SMK Sultan Muhammad Shah


Read More

Blogs SMK Iskandar Shah



Read More

BELAJAR LOGHAT PERAK




Siri loghat ini akan berganti-ganti. Harap maklum..!!

RABA = Getah Pemadam ( dari perkataan inggeris 'rubber')
"Manei ke raba yang aku beli tadi ni.. ishh tadi adei je sini"

GOSTAN= Patah Balik
"Ace gostan belakang sikit.. atei jauh benor ler pon lajok nye"

KONA= ( Dari perkataan inggeris 'corner') belok.
"Kamu ni aku suruh masuk kona pon salah.. bukan kona kiri.. kona kanan lah..!!".

DEGHEIBA = Drebar
"ish ish.. ace mika nengok degheiba tu.. bapokla ensem nye diye..terpikat pulok teman ke diye ghaseinyer"

MIKA = Awak/Engkau
"Mika dah makan ke belom? kalo belom.. moh ler sekali."

Brochat/Bocat = Ikan Haruan
Sedap betoi kalo dapat makan ikan brochat.bocat goreng ni..

Kokak = Gigit
Ngapei kamu main kokak2 telingei aku .. temen la kamu ni.. tak aci la

Cikei = Kedekut
Kome ni bapokla cikei bebenor.. nak belanje teman pun susah bebenor

Libang- Libu= Panas/Hangat Pijar
Libang- libu rasenye badan teman ni dengan cuaca sekarang yang tak menentu ni

Teghoyak = Nangis
Asyik teghoyak je perempuan tu lepas kematian suaminyei.



Disusun Oleh:

Aku IDA
Read More

Lagu Pak Ude " Wan Lebo "





Read More

Perjumpaan Keluarge di Kg Tj Aur Bote Kiri




Read More

Parit Facebook



Tak sangke2 ngupenye Parit pun ade Facebook - udah same hande dengan negara oghang puteh .. jadi Parit juge ikut perkembangan semase - idak pulak nak ngalah heheheeee ..

ate ape tunggu2 lagi yong .. yop bace semua entri kite ni lepas tu jangan pula mekeme lupe.. buat komen - tapi jangan le komen sampa pecah kepala teman pulak ... cian teman dan keluarga teman.
Read More

chegite dari yong Asma



Monday, January 4, 2010

Selamat Tahun Baru 2010...

Assalamualaikum org Parit....apa habo....
Teman sihat alhamdulillah.....tetapi akhir-akhir ni teman agak sibuk macam-macam sibuknya....orang kawin, anak saudara 2 orang kawin, sibuknya hari-hari......dan dah lama tak balik Parit.....akhir balik..... raya puasa dulu je.....rengunya..... Allah saja yang tahu.....sekarang dah tahun baru......
kata org Parit......
Like birds, let us..... leave behind what we don’t need to carry….....GRUDGES, SADNESS, PAIN, FEAR and REGRETS…… May this New Year bring many opportunities to you..... to explore every joy of life and may your resolutions for the days ahead stay firm.... turning all your dreams into reality and all your efforts into great ...achievements….Life is beautiful…… Enjoy it….. HAPPY NEW YEAR ~ 2010.

Monday, December 21, 2009

Bisnes Tuala....

Assalamualaikum org Parit....
Hari ini teman nak cete sikit tentang perkembangan teman....kini teman mengusaha bisnes tuala....100% cotton dari Pakistan . Buat masa ini teman menjual Disney Collection.....kalo kome semua nak tengok ....add ~ facebook ZAZ Collections....dan tengok designnya.....ada 2 saiz yang kecik 20 inci X 40 inci dan yang beso 27 inci X 54 inci...harga yang dipamerkan adalah termasuk kos penghantaran....

Monday, November 30, 2009

Salam Aidil Adha....

Assalamualaikum org Parit, apa habo?Lama teman tak nulih....sebuk sikit....
Hari sabtu 21 November teman dengan tunang teman dan 3 orang cucu teman telah pergi ke KT dimana anak teman Mohd Onn menjalani pembedahan tulang belakang pada ari ahad 22 hb, kerana tulng belakangnya menindih urat belakangnya.
Aduh.... 5 hari 4 malam keme di sana 24 jam ujan. Semua dilakukan dalam ujan. Alhamdulililah dia selamat dibedah dan kini semakin pulih. Keme balik pada 25 hb. Jadi Hari Raya Haji ari tu keme tak balik kampung.....bukan apa tak larat kerana keletihan......dan ini rasanya kali pertama keme beraya di KL.
Tapi teman tahu semua yang terjadi ada hikmahnya....deme yang balik kampung semuanya terperangkap dalam jam yang sangat teruk.....anak teman Din balik ChangLun....on the way balik ...bertolak pukul 12 tghari sampa KL pukul 9.30 malam. Apa pun Salam Aidil Adha kepada semua org Parit.....

Monday, November 9, 2009

Rengu rasa lama tak balik kampung...

Ape habo org Parit...lame teman tak nulih dan lame juge teman tak balik kampung.......sejak raye ari tu........kata deme ada doyan tapi dusun teman tak ade buah doyan.....
Akhir-akhir ini ....teman agak sibuk sikit dengan facebook...baguh juge facebook ni sebab free...kalo sms? kena bayo...sekarang ape yang boleh dijimat kite jimatkan...
Lama tak balik rengu rasenye teman...asyik teringat je kat kampung...tengok le cuti sekolah yang panjang nanti teman akan balik juge nak nyengok kenkawan lame......maklum masing-masing bila jumpe je...soalan cepu emasnye?....berape org cucu?....

Monday, September 28, 2009

syawal...syawal....

Assalamualaikum org Parit…… ape habo?....
Lame teman tak nulih di blog ini. Ahamdulillah Ramadhan telah pun berlalu, semoga semua amalan kita diberkati Allah dan berdoa le moge kite akan berjumpe lagi di Ramadhan akan datang. Syawal kali ini teman lame di kampung….. 6 hari…biasanye cume 3 hari aje. Jadi sempat le teman berjumpa dengan semue mak-mak sedare teman.

Hari raye ke 3 teman ngikut tunang teman ke majlis perjumpaan bekas morid dan cikgu dema yang ngajo dema tahun 1970 di SMPM dan tahun 1972 di SM Iskandar Shah. Perjumpaannye berjalan lanco.
Nampak beno dah tuanye cikgu-cikgunye sebab anak moridnye pun dah rama yang dah ade cucu. Dan cikgu-cikgunye semuanye dah pencen. Ade yang dah bertongkat dan ade yang sakit-sakit. Ramai juga morid dan cikgu yang dan meningga
…..

Sunday, August 30, 2009

Read More

Senario Parit

Read More

Kampung dan kenangan


Apabila kita tinggalkan kampung dan kenangan , semakin jauh menjadi semakin rindu dan indah. Kadang-kadang apabila melayan gambar-gambar kampung dan kenangan, ada sesuatu dalam hati yang tak dapat digambarkan. Sesuatu itu barangkali hadir dalam bentuk suka, sedih, suka, benci, dan sebagainya.

Apabila saya melayan perasaan itu, lalu ilham pun tiba.


Tajuk: Pekan Parit
Oleh:
Syari3 El-Samanoudi
Mansoura, Mesir.

Pekan Parit,
tanah tumpah darahku,
nostalgianya seribu satu,
getarannya amat istimewa,
sentiasa unik di dalam jiwa.

Di sudut hatiku,
posisinya yang khusus,
mengarang kenangan-kenangan,
tatkala cita-cita ialah angan-angan.

Aku tak pernah terbayangkan,
bahawa perasaanku akan begini,
hanya setelah jauh berpisah,
dari udara dan suasana,
kampungku ini.

Udara dan suasana itu,
walaupun dahulu lebih enak dan indah,
tetapi keenakan dan keindahan itu,
sebenarnya hanya kini,
baru dapat kurasa.

Tadika, sekolah rendah, sekolah rakyat,
tugu jam peringatan, kedai kopi, padang, madrasah;
pepohonan rumbia, kekabu, getah dan kelapa sawit,
semua itu menggoreskan sebuah lukisan,
kenangan yang luar biasa indah.

Dahulu pekan ini meriah,
kini semakin lengang,
kebanyakan penghuninya,
hanyalah para ayah dan ibu,
yang semakin tua,
anak-anak mereka,
kebanyakannya sepertiku,
mencari kehidupan yang lebih menjanjikan,
di luar pekan ini,
di kota raya.

26/12/2009
Syari3 El-Samanoudi
Mansoura, Mesir.
Read More

Mata Wang sejak tahun 40an

Duit pokok pisang ini digunakan dalam tahun 40an


















Read More

Muke Buku TOP

Sponser & Klik Iklan

Apa Kata Mike

Bertandang Umah TOP

Blog Teman-Teman

Lagu Kite


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com